Breaking News

Saturday, May 31, 2014

" Kalau Pemimpin Pembangkang Yang Buat Macam Nih Sah SPR Akan Ambil Tindakan "




Batasan pada hari mengundi

(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan
dalam tempat mengundi, memakai, memegang, atau membawa apa-apa bentuk atau
jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya
tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti
politik.

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh,
apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
didenda tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.


Ulasan Pengembala ;

PR Kena kaji balik kenapa kalah, kenapa dalam 2 PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan peratus mengundi sangat rendah. Apapun ada perkara yang mencuri tumpuan ramai apabila timbalan menteri nih dengan selamba badaknya memakai baju cap dacing masuk tempatr mengundi.

Asal melibatkan UMNO takpa. Kalau pembangkang mesti laju ja SPR bagi warning. Dari dulu sampai sekarang sikap double standart tu takleh buang. Terang-terang timbalan menteri nih langgar peraturan pilihan raya kalau SPR duduk diam juga memang UMNO lah SPR nih.
Read More

" Kisah Gadis Tingkatan Tiga Yang Dirogol 38 Lelaki Memalukan Negera Sehingga Tersiar Di Laman Al-Jazeera "



Berita seorang gadis 15 tahun dirogol oleh 38 lelaki kini menjadi bahan bacaan antarabangsa apabila disiarkan oleh laman Al-Jazeera hari ini.
Menurut Al-Jazeera, agensi berita Reuters memetik laporan media tempatan tentang peristiwa tersebut.
Kejadian itu berlaku apabila seorang gadis dipujuk memasuki sebuah rumah kosong yang menjadi tempat penagihan dadah di Kelantan 20 Mei lalu.
Semua lelaki itu bergilir-gilir merogol gadis itu. Polis juga menyiasat sama ada rakannya yang berusia 17 tahun juga dirogol.
Sehingga kini polis menahan 13 lelaki dan sedang memburu yang lain. Hampir semua lelaki itu positif dadah dalam ujian air kencing mereka.
"Apa yang mengecewakan saya adalah tidak ada seorang pun dari kampung itu mengesyaki apa-apa sedangkan rumah terdekat dengan rumah kosong itu hanya 20 meter sahaja," kata Ketua Polis Daerah Azham Othman, lapor Al Jazeera memetik sumber The Star.
Malam semalam, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal.
Ekoran kejadian ganas yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini, pemimpin Islam termasuk dari PAS berhujah aktiviti jenayah yang berlaku disebabkan "kelemahan undang-undang buatan manusia".
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kes tersebut membuktikan penjenayah tidak gentar atau gerun terhadap sistem perundangan yang ada.
"Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti daripada terus meningkat," katanya dalam satu  kenyataan. Sumber

Read More

" BN Diaibkan Malam Tadi. Buktinya Ceramah BN Hanya Lebih Banyak Kerusi Daripada Orang "








 Ceramah PR



Ceramah BN/Gerakan
Read More

" Benarkah Begini Keadaannya Semasa Upacara Pengkebumian DYMM Sultan Azlan Shah "



Secara jujurnya aku tidak melihat acara pengkebumian ini sehingga tamat. Jadi aku sendiri pun tidak pasti kebenaran yang disampaikan oleh saudara ini. 

Jika benarlah begini keadaannya maka ada juga kebenaran dakwaan sesetangah ulama pembacaan talkin adalah merupakan suatu yang bid'ah.

Hanya tinggal 15 minit lagi waktu Asar tamat barulah selesai acara pengkebumian tersebut. Ada sesiapa pembaca yang boleh mengesahkan kebenaran cerita ini ?? Wallahu'alam.

Read More

Friday, May 30, 2014

" Video Isteri Adun Jalong Kena Penampar Sulung Oleh Pemuda MIC. Kurang Ajar "




DAP Perak hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) bertindak ganas apabila cuba mencederakan petugasnya sewaktu memasang sepanduk di bandar Teluk Intan.
Timbalan Pengerusi Wanita DAP Perak, Bavani Veraiah berkata sewaktu kerja memasang sepanduk pada jam tiga petang tadi mereka didatangi tiga lelaki India mengganggu dan mengasari petugas wanita.
“Pada pukul 3 petang tadi, pasukan kita pergi keluar memasang sepanduk kempen DAP. Pasukan tersebut diketuai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Jalong, Loh Sze Yee bersama isterinya Leong Pooi Wan.
“Satu insiden berlaku apabila saya dan Pooi Wan diserang tiga lelaki India disyaki dari parti BN datang menghalang dan memaki hamun dengan teruk dalam bahasa Tamil.
“Pooi Wan mengambil video tetapi lelaki ini menampar. Saya telefon rakan DAP untuk meminta pertolongan dan lelaki yang sama datang menumbuk di pipi kiri saya,” katanya dalam satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.
Bavani berkata kejadian tersebut berlaku di Jalan Sekolah berhadapan bank komersial di mana kawasan yang dibenarkan untuk memasang sepanduk.
Berhubung insiden itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 4.30 petang dan DAP mendesak polis mengambil tindakan segera bagi menghentikan tindakan politik samseng sebegini.
Video yang dirakamkan Leong jelas melihatkan muka mereka yang melakukan serangan tersebut dan akibat insiden itu, telefonnya rosak kerana jatuh ke tanah.
Dalam sidang media sama, ahli DAP yang mahu dikenali sebagai Mahendran mengecam siapa identiti dalam video tersebut.
“Orang yang kita nampak dalam video itu adalah Ketua Bahagian MIC Batu 12, Changkat Jong. Namanya Gobi.
“Dia merupakan setiausaha politik kepada bekas ketua bahagian Umno Teluk Intan yang menjaga kebajikan orang India,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita DAP Chong Eng berkata calon BN Datuk Mah Siew Keong mesti menyatakan pendiriannya terhadap keganasan terhadap DAP.
Katanya, polis perlu bertindak segera kerana bukti diperoleh dan mereka yang terlibat juga dikenalpasti.
“Kami mengutuk perbuatan ganas terhadap kaum wanita. Ia menunjukkan BN sangat terdesak dengan menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan kempen kami walaupun kepada wanita.
“Saya mahu Mah menyatakan pendiriannya berhubung tingkah laku ini. BN lagi dan lagi melakukan keganasan. Mereka merempuh masuk DUN Pulau Pinang dan mengugut mahu membakar Ibu Pejabat DAP.
“Ini contoh yang buruk kepada orang ramai. Jika tiada tindakan yang diambil terhadap samseng itu maka ia memberi mesej yang salah kepada orang ramai bahawa keganasan dibenarkan,” katanya. Sumber

Read More

" Imigresen Sarawak Mengesahkan Ibrahim Ali Antara Orang Yang Dikehendaki Di Sarawak "



Kuala Lumpur : Imigresen Sarawak meminta rakyat negeri Sarawak supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengetahui Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berada di negeri itu, lapor Utusan Borneo.

Pengarah Imigresen Sarawak, Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan.

“Jika ada rakyat negeri ini yang mengetahui bahawa Ibrahim Ali ada di Sarawak dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa maka orang tersebut boleh dianggap sebagai menentang Sarawak,” katanya seperti dipetik oleh akhbar itu.

Robert Lian mengulas desas-desus kononnya Ibrahim bolos ke Sarawak semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balingian pada Mac lepas.

Jelas beliau, pihaknya tidak mempunyai rekod kemasukan Ibrahim ke negeri itu. Jika ada pun, orang itu adalah individu lain yang mempunyai nama yang sama.

“Kami tidak ada rekod bahawa Datuk Ibrahim Ali ada (masuk Sarawak). Apa yang kami tahu, Datuk Ibrahim Ali umurnya 62 tahun. Orang boleh ada nama yang sama tetapi sudah pasti bukan dia. Dia tidak ada di sini pada waktu yang dikatakan itu.

“Dia masih dalam senarai sekatan. Kita tidak perlukan orang sepertinya dan kerana itu sekatan tersebut dikeluarkan," katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post pula.

Jelas Robert, sekiranya ada gambar yang menunjukkan Presiden Perkasa itu berada di Sarawak, gambar tersebut mungkin diambil sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri.

“Itu semua salah satu perbuatan untuk mengapi-apikan masyarakat dan cuba menunjukkan bahawa pihak Jabatan Imigresen kononnya tidak melakukan kerja," katanya mengulas mengenai pengedaran foto berkenaan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Mac lalu mendedahkan Ibrahim adalah antara individu yang dilarang masuk ke Sarawak kerana negeri itu "tidak memerlukan ekstremis dan fanatik agama atau bangsa".

Semasa kempen pilihan raya kecil DUN Bailingan, kerajaan negeri Sarawak menyekat empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Tian Chua dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli daripada memasuki negeri itu. Sumber


Read More

" Ustaz Kazim Elias Terkilan Dan Menyesal. Ikuti Luahan Beliau "



Ini kisah yang keluar sendiri dari mulut penceramah popular, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Ia diceritakan depan 3,000 orang yang hadir mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan beliau di kampung Batak Rabit Teluk Intan pada Rabu malam.
Menurutnya, ini kali pertama beliau mengakui depan orang ramai, iaitu beliau merasa terkilan dan menyesal kerana menolak tawaran Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk dilantik Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Disember lalu.
Katanya setelah difikirkan kembali, sekiranya perlawaan itu diterima, sedikit sebanyak akan dapat membantu usahanya berdakwah dan mengajar agama Islam di negara ini.
“Ketika perjumpaan empat mata bersama Datuk Seri Najib, saya telah diberikan tugas untuk memberikan fokus kepada beberapa perkara antaranya memupuk semangat dan jiwa Islam kepada anak-anak sekolah, remaja dan golongan belia serta memastikan siaran televisyen dipenuhi dengan rancangan berbetuk keagamaan.
Menurut beliau, sebaik sahaja berita mengenainya tersebar, pihaknya dan keluarga telah menerima pelbagai tekanan, kutukan, cacian dan makian sehingga menyebabkan beliau terpaksa menolak perlantikan tersebut.
“Ibu bapa saya dan mentua menelefon saya memaklumkan mereka telah dipulaukan oleh para penduduk kampung.
“Rumah saya juga pernah dibaling botol yang berisi air kencing dan pernah satu ketika seorang lelaki yang agak berumur datang dan mengugut ingin menyimbah muka saya dengan cuka getah sehinggakan saya terpaksa menelefon pihak berkuasa.
“Paling mengecewakan apabila anak-anak saya turut menerima tempias apabila membaca komen-komen yang mengeji dengan kata-kata kesat seperti ‘Ustaz Kazim Anjing dan Babi’ katanya lagi.
Namun menurutnya, antara sebab utama beliau menolak perlantikan tersebut kerana tidak mahu mereka yang melemparkan fitnah kepadanya mendapat dosa.
Yang menjadi persoalannya sehingga kini ialah, mengapakah ada dikalangan masyarakat yang sanggup melakukan perkara sedemikian rupa sedangkan ada dikalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang Islam?
Beliau turut menjelaskan semua ujian tersebut sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan olehnya terhadap Islam dan anak-anak muda negara.
“Perdana Menteri mahu saya didik dan beri kesedaran Islam kepada anak-anak muda di sekolah bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah” ujarnya lagi.

Read More

" Pulak Dah. Majlis Fatwa Kata Halal Makan Produk Cadbury Tercemar DNA Babi "


Hati aku lebih selesa kalau Majlis Fatwa memutuskan untuk mengharamkan terus dua produk yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi DNA babi. Alasan sukar dielak sukar diterima kerana kita ada badan yang bertanggung jawap untuk memantau keadaan ini.

Persoalannya kenapa mesti Majlis Fatwa menghalalkan benda yang sememangnya telah disahkan mengandungi DNA babi, aku boleh terima kalau Majlis Fatwa memutuskan dua produk Cadbury iaitu Hazel Nuts dan Coklat Susu diharamkan manakala produk yang lain tetap halal dimakan.

Majlis Fatwa menghalalkan yang haram. Kenapa mesti Majlis Fatwa mengambil kira pendapat Menteri Kesihatan Subramaniam kemungkinan dua produk ini tercemar semasa pembuatan coklat sedangkan terang-terang DNA babi itu haram, alasan kejadian ini sukar dielak memang sukar untuk diterima.


PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan dan menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, majlis Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," kata Abdul Shukor dalam satu kenyataan, Khamis.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.




Read More
© pengembala usang All rights reserved | Designed By Seo Blogger Templates