Breaking News

Recent Posts Load More

Tuesday, June 3, 2014

" Kisah Penipuan Online. Order Alat Pembesar Zakar Tapi Dapat Kanta Pembesar "



Seorang lelaki berang apabila alat yang dibelinya melalui talian untuk membesarkan saiz zakarnya hanya mampu membuatnya nampak lebih besar tanpa sebarang pembesaran fizikal.

Menurut laporan Star Online, setelah membelanjakan RM450, beliau hanya menerima kanta pembesar.

Berang dengan apa yang berlaku, lelaki itu mengadu kepada MCA.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Michael Chong berkata lelaki dari Seri Kembangan itu, yang hanya dikenali sebagai Ong, adalah mangsa penipuan dalam talian.

"Apabila menerima bungkusan, dia terkejut apabila mendapati kanta pembesar di dalamnya," Chong dipetik sebagai berkata.

Untuk memburukkan lagi keadaan - tidak pasti sama ada ianya satu gurauan atau sebaliknya - ia datang dengan arahan ringkas yang berbunyi: "Jangan gunakan di bawah cahaya matahari".


Chong berkata Ong adalah antara beberapa mangsa yang kerugian sejumlah RM80,000 tahun ini sahaja kerana menjadi mangsa penipuan sedemikian.
Read More

Monday, June 2, 2014

" Hadiah Buat Rakyat Malaysia Akan Di Umumkan 1 September Ini "



Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem baru penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan komersial yang layak mulai 1 September depan.
    
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata sistem yang sama bagi kenderaan persendirian juga akan dilaksanakan pada Oktober atau November depan.
    
Katanya maklumat terperinci mengenai pelaksanaan sistem baru itu akan diummumkan dalam satu sidang media khas tidak lama lagi.
    
"Kerajaan sedang finalise satu sistem baru untuk kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara bagi memastikan penjualan diesel dan petrol bersubsidi hanya kepada kenderaan yang benar-benar layak sahaja.
    
"Kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM9.8 bilion melalui pelaksanaan sistem baru yang dijamin lebih efektif dan berkesan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2014 di ibunegara semalam.
  
Ekspo selama sembilan hari bermula kelmarin itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan menampilkan penyertaan lebih 200 syarikat yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan.
    
Alias berkata sistem baharu itu diyakini mampu memastikan bahan api  bersubsidi itu dinikmati oleh hanya rakyat yang benar-benar layak dan ia juga mampu mengurangkan salah guna dan mengelak berlakunya ketirisan dan
pembaziran.    Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga
RON97 adalah RM2.80.
    
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
    
Sementara itu, Alias berkata KPDNKK bercadang untuk turut mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di kawasan sempadan di seluruh negara kepada 600,000 liter sebulan dalam masa terdekat. http://www.malaysiakini.com/
    
Beliau berkata kuota itu diperkenal sebagai langkah awal membendung penyalahgunaan diesel dan petrol bersubsidi sehingga sistem baharu yang lebih efisien diperkenalkan.
    
Semalam Alias mengumumkan KPDNKK akan mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di sempadan Kelantan-Thailand kepada 600,000 liter sebulan berkuat kuasa hari ini bagi membendung kegiatan penyeludupan bahan api bersubsidi yang semakin aktif di sempadan negeri itu.
Read More

Sunday, June 1, 2014

" Pekan Bandar Baharu Termaju Di Kedah ??. Terima Kasih Kepada Kerajaan "



SELAMA - Timbalan Ketua Cabang PKR, Kulim Bandar Baharu, Ismail Hassan meminta kerajaan negeri dan Adun Bandar baharu membangunkan pekan Selama yang dilihat masih ketinggalan dari sudut pembangunan.

Menurutnya, walaupun pekan Selama, Perak hanya terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Selama Kedah, pembangunan yang terdapat di Selama Perak sangat membanggakan.

Katanya, semua ini dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pusat mengambil berat tentang keperluan penduduk di sini.

Menurutnya, pekan Selama Kedah ketinggalan 30 tahun pembangunan berbanding daerah lain yang bersempadan dengannya.

“Sejak dari dulu tidak ada pembangunan dilakukan di Selama Kedah hingga hari ini. Semua orang tahu Selama Perak jauh lebih membangun dari Selama Kedah. Apa yang ada di pekan Selama Kedah hanya deretan kedai yang diperbuat dari kayu hasil peninggalan zaman penjajah dahulu.

"Selain itu keadaan jalan di Pekan Selama sangat menyedihkan kerana berlopak dan bertampung. Ini membuatkan permukaan jalan tidak rata dan boleh mengakibatkan kemalangan.

"Masalah rakyat di Bandar Baharu harus dihalusi dan diselesaikan,” katanya. Menurutnya, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membangunkan Selama. http://www.sinarharian.com.my/

Read More

" Toksah Berdramalah Noh Omar, Nak Tunjuk Kata Prihatin Kepada Rakyat Selangor "



SHAH ALAM - Umno Selangor akan membuat rayuan kepada kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk memansuhkan dua plaza tol Lebuh Raya Persekutuan di Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau akan membuat rayuan tersebut kepada pihak kerajaan dan tidak menolak kemungkinan menyuarakan isu itu ke Parlimen akan datang.

"Sudah ada tindakan dulu, saya masih ingat, bila saya bangkit (isu), JKR buat kajian, Datuk Shaziman laporkan bahawa kerajaan kena bayar banyak (pampasan).

"Kita boleh buat merayu balik untuk itu dan kita tetap perjuangkan, kalau perlu saya akan cakap (di Parlimen)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakyat dan Usahawan Membara di Seksyen 20, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut desakan pelbagai pihak termasuk Umno Shah Alam tiga tahun lalu yang menggesa kerajaan memansuhkan plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan di sini, yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.

Mengulas lanjut, Noh menafikan gesaan itu tidak diendahkan kerajaan sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah mengarahkan Kementerian Kerja Raya supaya membuat kajian terhadap cadangan itu dan sehingga kini ia masih belum dimuktamadkan.

"Saya masih ingat PM telah mengarahkan JKR mengkaji dan kita harap kajian teruskan supaya kerajaan dapat pertimbangkan tol ini dapat dihapuskan," katanya.

Tambah beliau, Umno Selangor mencadangkan sekurang-kurang plaza tol yang menghala ke ibu negara dimansuhkan terlebih dahulu bagi mengatasi masalah kesesakan di waktu puncak.

"Bagi langkah pertama, kita minta sebelah dahulu, kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan" katanya lagi. http://www.sinarharian.com.my/


Ulasan Pengembala ;

Nak main wayang. Kononnya nak tunjuk dekat rakyat Selangor yang kau nih prihatin. Baru sekarang kau cerdik sebelum nih masa BN pegang tak pula kau sibuk nak mohon mansuh tol.

Sudahlah, faham sangat dengan kau punya wayang tu. Kalau nak mohon suruh Najib mansuhkan tol disemua negara baru betul. Syarikat konsesi tol tu berbilion dah untung jadi tak rugi pun kalau mansuh tol.

Read More

" Penjenayah Rogol Mendapat Pembelaan Apabila Polis Menangkap Ibu Mangsa Rogol Yang Menyebatnya "



KOTA BARU: Wanita yang menyebat terhadap suspek kes rogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun kini ditahan polis.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan bersama-sama suaminya, 40, dan anak lelaki mereka, 22.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan,  Komisioner Lai Yong Heng berkata ketiga-tiganya ditangkap di rumah mereka di Kampung Gong Bayor, Kampung Raja, Terengganu pada pukul 9 malam.

"Mereka ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dari Polis Kontinjen Kelantan dan direman selama tujuh hari.

"Mereka adalah suspek kerana menyebabkan kecederaan parah kepada dua orang lelaki. Ini adalah satu jenayah yang serius dan ia menjadi tugas polis untuk bertindak dan menyiasat kes itu," kata ACP Lai dalam satu temu bual di sini, Sabtu.

Polis katanya, perlu melakukan tugas untuk menegakkan undang-undang walaupun orang ramai menyatakan simpati dan sokongan untuk wanita itu dan keluarganya.

Baru-baru ini klip video selama 37 saat yang menunjukkan wanita berkenaan sedang menyebat seorang lelaki menjadi viral di Internet.

Mangsa, lelaki berusia 28 tahun itu diikat kaki dan tangannya serta seluarnya ditarik ke bawah hingga mendedahkan punggungnya.

Wanita itu dilihat menggunakan objek panjang seperti kayu atau rotan untuk memukul lelaki itu di bahagian belakang, badan dan kepala.

Insiden itu dilapor direkodkan di Pantai Seri Tujuh, Tumpat pada kira-kira pukul 5 petang pada hari Khamis.

Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan di punggung, tangan dan muka sebelum itu ditangkap oleh anak wanita berkenaa dan suaminya.

Mereka kemudiannya menghantar lelaki itu ke balai polis.

Namun polis terpaksa menghantar lelaki itu ke Hospital Universiti Sains di Kubang Kerian selepas dia mengalami darah beku di kepala.

Dia ditangkap bersama-sama dengan lelaki lain berhubung kes rogol seorang gadis di Tawang, Bachok, pada 22 Mei lalu.

Seorang lagi lelaki yang terlibat sebelum ini juga diserang oleh sekumpulan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Kedua-dua lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan itu beberapa kali dalam sebuah rumah. http://www.mstar.com.my/


Ulasan Pengembala ;

Pelik, pelik, pelik undang-undang manusia yang dok ada nih. Kawan tu dahlah anak dirogol, yang anak dia pula tidak tahu bagaimana nasib selepas ini polis pula beri lagi satu tamparan kepada mereka apabila menahan mereka sekeluarga ibu, suami dan anak lelakinya.

Semata-mata kerana tindakan mereka bertiga yang menyebat penjenayah rogol itu dikhalayak ramai dan mendakwa perogol terpaksa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Read More

" Jom Kita Belajar Mengira Di PRK Teluk Intan. Macam Ada Sesuatu Yang Tidak Kena "



Sebanyak 35 pusat pengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa.

Seramai 39,850 pengundi atau 66.5% keluar mengundi pada (PRK) Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu.

Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%).

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. http://www.mstar.com.my/





Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan mencatatkan peratusan keluar mengundi kedua terendah selepas lima kali PRK diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau juga tidak gembira dengan pengurangan lebih 8,000 pengundi berbanding jumlah pengundi yang keluar pada PRU-13. 

"Kita tidak tahu mengapa peratusan keluar mengundi rendah. Kami perlu kaji. Bagaimanapun, ia adalah proses demokrasi," katanya dalam sidang media di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Teluk Intan, hari ini.

PRK Teluk Intan mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir. 



Read More

Saturday, May 31, 2014

" Kalau Pemimpin Pembangkang Yang Buat Macam Nih Sah SPR Akan Ambil Tindakan "




Batasan pada hari mengundi

(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan
dalam tempat mengundi, memakai, memegang, atau membawa apa-apa bentuk atau
jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya
tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti
politik.

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh,
apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
didenda tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau

dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.


Ulasan Pengembala ;

PR Kena kaji balik kenapa kalah, kenapa dalam 2 PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan peratus mengundi sangat rendah. Apapun ada perkara yang mencuri tumpuan ramai apabila timbalan menteri nih dengan selamba badaknya memakai baju cap dacing masuk tempatr mengundi.

Asal melibatkan UMNO takpa. Kalau pembangkang mesti laju ja SPR bagi warning. Dari dulu sampai sekarang sikap double standart tu takleh buang. Terang-terang timbalan menteri nih langgar peraturan pilihan raya kalau SPR duduk diam juga memang UMNO lah SPR nih.
Read More

" Kisah Gadis Tingkatan Tiga Yang Dirogol 38 Lelaki Memalukan Negera Sehingga Tersiar Di Laman Al-Jazeera "



Berita seorang gadis 15 tahun dirogol oleh 38 lelaki kini menjadi bahan bacaan antarabangsa apabila disiarkan oleh laman Al-Jazeera hari ini.
Menurut Al-Jazeera, agensi berita Reuters memetik laporan media tempatan tentang peristiwa tersebut.
Kejadian itu berlaku apabila seorang gadis dipujuk memasuki sebuah rumah kosong yang menjadi tempat penagihan dadah di Kelantan 20 Mei lalu.
Semua lelaki itu bergilir-gilir merogol gadis itu. Polis juga menyiasat sama ada rakannya yang berusia 17 tahun juga dirogol.
Sehingga kini polis menahan 13 lelaki dan sedang memburu yang lain. Hampir semua lelaki itu positif dadah dalam ujian air kencing mereka.
"Apa yang mengecewakan saya adalah tidak ada seorang pun dari kampung itu mengesyaki apa-apa sedangkan rumah terdekat dengan rumah kosong itu hanya 20 meter sahaja," kata Ketua Polis Daerah Azham Othman, lapor Al Jazeera memetik sumber The Star.
Malam semalam, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal.
Ekoran kejadian ganas yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini, pemimpin Islam termasuk dari PAS berhujah aktiviti jenayah yang berlaku disebabkan "kelemahan undang-undang buatan manusia".
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kes tersebut membuktikan penjenayah tidak gentar atau gerun terhadap sistem perundangan yang ada.
"Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti daripada terus meningkat," katanya dalam satu  kenyataan. Sumber

Read More
© pengembala usang All rights reserved | Designed By Seo Blogger Templates