Breaking News


Friday, May 30, 2014

" Video Isteri Adun Jalong Kena Penampar Sulung Oleh Pemuda MIC. Kurang Ajar "




DAP Perak hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) bertindak ganas apabila cuba mencederakan petugasnya sewaktu memasang sepanduk di bandar Teluk Intan.
Timbalan Pengerusi Wanita DAP Perak, Bavani Veraiah berkata sewaktu kerja memasang sepanduk pada jam tiga petang tadi mereka didatangi tiga lelaki India mengganggu dan mengasari petugas wanita.
“Pada pukul 3 petang tadi, pasukan kita pergi keluar memasang sepanduk kempen DAP. Pasukan tersebut diketuai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Jalong, Loh Sze Yee bersama isterinya Leong Pooi Wan.
“Satu insiden berlaku apabila saya dan Pooi Wan diserang tiga lelaki India disyaki dari parti BN datang menghalang dan memaki hamun dengan teruk dalam bahasa Tamil.
“Pooi Wan mengambil video tetapi lelaki ini menampar. Saya telefon rakan DAP untuk meminta pertolongan dan lelaki yang sama datang menumbuk di pipi kiri saya,” katanya dalam satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.
Bavani berkata kejadian tersebut berlaku di Jalan Sekolah berhadapan bank komersial di mana kawasan yang dibenarkan untuk memasang sepanduk.
Berhubung insiden itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 4.30 petang dan DAP mendesak polis mengambil tindakan segera bagi menghentikan tindakan politik samseng sebegini.
Video yang dirakamkan Leong jelas melihatkan muka mereka yang melakukan serangan tersebut dan akibat insiden itu, telefonnya rosak kerana jatuh ke tanah.
Dalam sidang media sama, ahli DAP yang mahu dikenali sebagai Mahendran mengecam siapa identiti dalam video tersebut.
“Orang yang kita nampak dalam video itu adalah Ketua Bahagian MIC Batu 12, Changkat Jong. Namanya Gobi.
“Dia merupakan setiausaha politik kepada bekas ketua bahagian Umno Teluk Intan yang menjaga kebajikan orang India,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita DAP Chong Eng berkata calon BN Datuk Mah Siew Keong mesti menyatakan pendiriannya terhadap keganasan terhadap DAP.
Katanya, polis perlu bertindak segera kerana bukti diperoleh dan mereka yang terlibat juga dikenalpasti.
“Kami mengutuk perbuatan ganas terhadap kaum wanita. Ia menunjukkan BN sangat terdesak dengan menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan kempen kami walaupun kepada wanita.
“Saya mahu Mah menyatakan pendiriannya berhubung tingkah laku ini. BN lagi dan lagi melakukan keganasan. Mereka merempuh masuk DUN Pulau Pinang dan mengugut mahu membakar Ibu Pejabat DAP.
“Ini contoh yang buruk kepada orang ramai. Jika tiada tindakan yang diambil terhadap samseng itu maka ia memberi mesej yang salah kepada orang ramai bahawa keganasan dibenarkan,” katanya. Sumber

Share This
Blogger
Facebook
Disqus

comments powered by Disqus

No comments:

Post a Comment

© pengembala usang All rights reserved | Designed By Seo Blogger Templates