Breaking News


Monday, June 2, 2014

" Hadiah Buat Rakyat Malaysia Akan Di Umumkan 1 September Ini "



Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem baru penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan komersial yang layak mulai 1 September depan.
    
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata sistem yang sama bagi kenderaan persendirian juga akan dilaksanakan pada Oktober atau November depan.
    
Katanya maklumat terperinci mengenai pelaksanaan sistem baru itu akan diummumkan dalam satu sidang media khas tidak lama lagi.
    
"Kerajaan sedang finalise satu sistem baru untuk kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara bagi memastikan penjualan diesel dan petrol bersubsidi hanya kepada kenderaan yang benar-benar layak sahaja.
    
"Kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM9.8 bilion melalui pelaksanaan sistem baru yang dijamin lebih efektif dan berkesan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Pengguna Malaysia 2014 di ibunegara semalam.
  
Ekspo selama sembilan hari bermula kelmarin itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan menampilkan penyertaan lebih 200 syarikat yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan.
    
Alias berkata sistem baharu itu diyakini mampu memastikan bahan api  bersubsidi itu dinikmati oleh hanya rakyat yang benar-benar layak dan ia juga mampu mengurangkan salah guna dan mengelak berlakunya ketirisan dan
pembaziran.    Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga
RON97 adalah RM2.80.
    
Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.
    
Sementara itu, Alias berkata KPDNKK bercadang untuk turut mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di kawasan sempadan di seluruh negara kepada 600,000 liter sebulan dalam masa terdekat. http://www.malaysiakini.com/
    
Beliau berkata kuota itu diperkenal sebagai langkah awal membendung penyalahgunaan diesel dan petrol bersubsidi sehingga sistem baharu yang lebih efisien diperkenalkan.
    
Semalam Alias mengumumkan KPDNKK akan mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di sempadan Kelantan-Thailand kepada 600,000 liter sebulan berkuat kuasa hari ini bagi membendung kegiatan penyeludupan bahan api bersubsidi yang semakin aktif di sempadan negeri itu.
Share This
Blogger
Facebook
Disqus

comments powered by Disqus

No comments:

Post a Comment

© pengembala usang All rights reserved | Designed By Seo Blogger Templates