Breaking News


Sunday, June 1, 2014

" Toksah Berdramalah Noh Omar, Nak Tunjuk Kata Prihatin Kepada Rakyat Selangor "



SHAH ALAM - Umno Selangor akan membuat rayuan kepada kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk memansuhkan dua plaza tol Lebuh Raya Persekutuan di Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau akan membuat rayuan tersebut kepada pihak kerajaan dan tidak menolak kemungkinan menyuarakan isu itu ke Parlimen akan datang.

"Sudah ada tindakan dulu, saya masih ingat, bila saya bangkit (isu), JKR buat kajian, Datuk Shaziman laporkan bahawa kerajaan kena bayar banyak (pampasan).

"Kita boleh buat merayu balik untuk itu dan kita tetap perjuangkan, kalau perlu saya akan cakap (di Parlimen)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakyat dan Usahawan Membara di Seksyen 20, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut desakan pelbagai pihak termasuk Umno Shah Alam tiga tahun lalu yang menggesa kerajaan memansuhkan plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan di sini, yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.

Mengulas lanjut, Noh menafikan gesaan itu tidak diendahkan kerajaan sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini pernah mengarahkan Kementerian Kerja Raya supaya membuat kajian terhadap cadangan itu dan sehingga kini ia masih belum dimuktamadkan.

"Saya masih ingat PM telah mengarahkan JKR mengkaji dan kita harap kajian teruskan supaya kerajaan dapat pertimbangkan tol ini dapat dihapuskan," katanya.

Tambah beliau, Umno Selangor mencadangkan sekurang-kurang plaza tol yang menghala ke ibu negara dimansuhkan terlebih dahulu bagi mengatasi masalah kesesakan di waktu puncak.

"Bagi langkah pertama, kita minta sebelah dahulu, kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan" katanya lagi. http://www.sinarharian.com.my/


Ulasan Pengembala ;

Nak main wayang. Kononnya nak tunjuk dekat rakyat Selangor yang kau nih prihatin. Baru sekarang kau cerdik sebelum nih masa BN pegang tak pula kau sibuk nak mohon mansuh tol.

Sudahlah, faham sangat dengan kau punya wayang tu. Kalau nak mohon suruh Najib mansuhkan tol disemua negara baru betul. Syarikat konsesi tol tu berbilion dah untung jadi tak rugi pun kalau mansuh tol.

Share This
Blogger
Facebook
Disqus

comments powered by Disqus

No comments:

Post a Comment

© pengembala usang All rights reserved | Designed By Seo Blogger Templates