Breaking News


Friday, May 30, 2014

" Pulak Dah. Majlis Fatwa Kata Halal Makan Produk Cadbury Tercemar DNA Babi "


Hati aku lebih selesa kalau Majlis Fatwa memutuskan untuk mengharamkan terus dua produk yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi DNA babi. Alasan sukar dielak sukar diterima kerana kita ada badan yang bertanggung jawap untuk memantau keadaan ini.

Persoalannya kenapa mesti Majlis Fatwa menghalalkan benda yang sememangnya telah disahkan mengandungi DNA babi, aku boleh terima kalau Majlis Fatwa memutuskan dua produk Cadbury iaitu Hazel Nuts dan Coklat Susu diharamkan manakala produk yang lain tetap halal dimakan.

Majlis Fatwa menghalalkan yang haram. Kenapa mesti Majlis Fatwa mengambil kira pendapat Menteri Kesihatan Subramaniam kemungkinan dua produk ini tercemar semasa pembuatan coklat sedangkan terang-terang DNA babi itu haram, alasan kejadian ini sukar dielak memang sukar untuk diterima.


PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan dan menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, majlis Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," kata Abdul Shukor dalam satu kenyataan, Khamis.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.




Share This
Blogger
Facebook
Disqus

comments powered by Disqus

No comments:

Post a Comment

© pengembala usang All rights reserved | Designed By Seo Blogger Templates